Monday, March 22, 2010

Si Penipu Charles Darwin

Charles Robert Darwin berasal dari Shrewbury, Shropshire, England dan merupakan cucu kepada Eramus Darwin yang merupakan salah seorang doktor dan saintis pada ketika itu. Menurut Encylopaedia Britanica International, London lagi, minat dan kecenderungan Darwin ini bermula dari muda lagi mengenai dengan sejarah kaji hayat dan sepanjang pengajian beliau di Cambridge, beliau begitu rapat dengan seorang professor botani, Professor J.S Henslow. Beliau juga berpeluang belayar mengelilingi dunia selama lima tahun pelayaran di laut dan di darat untuk tujuan pengumpulan data saintifik. Sepanjang tempoh pelayaran itu, beliau telah banyak mengumpul data berkenaan dengan spesies haiwan yang pelbagai. Hasil yang didapati itu, menimbulkan persoalan di dalam dirinya.

Daripada bidang kajian, beliau mula berminat untuk mendalami dengan lebih jauh berkenaan dengan hasil penemuannya; beliau cuba mengenali bagaimana untuk memahami benda-benda hidup ini berkaitrapat.

Buku pertamanya yang berjudul ‘The Origin Of Spesies’ (1859) telah diterbitkan. Alfred Russel Wallance juga merupakan rakan seperjuangannya juga telah memikirkan perkara yang sama sepeti Darwin. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin, di dalam bukunya, Kit Kombat Islam Untuk Remaja; Darwin menegaskan semua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama. Keturunan awal ini kemudiannya berubah daripada satu tahap ke tahap yang lain bagi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya yang senantiasa berubah. Hasil daripada perubahan-peubahan yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia. Teori ini telah menimbulkan banyak konspirasi di antara ahli pemikir cendiakawan, bukan hanya di England sahaja malahan seluruh dunia! Banyak persoalan yang timbul dari kenyataan yang dibawa oleh beliau.

Buku keduanya, iaitu ‘The Descent Man’ pula, mengketengahkan berkenaan dengan penemuan rangka nenek moyang manusia yang hidup di zaman primitif dan menyerupai seperti beruk. Ini menyebabkan lagi ramai orang menentang akan kajian beliau (Encylopaedia Britanica International, London) (1871).

Menurut Dr. Daniel lagi, secara keseluruhannya, teori ini adalah betujuan menafikan akan kewujudan sebenar Tuhan. Ini dapat digambarkan lagi dengan teori-teori yang sebenarnya di luar kebenaran atau logik akal. Manusia yang sempurna asal kejadiannya adalah datangnya Adam a.s dan kemudian dari benih manusia. Andaian-andaian yang dibuat di dalam teori Darwin juga adalah tidak berasas sama sekali kerana asal manusia dari keturunan nenek moyang beruk tidak dapat diterima masyarakat dunia baik Barat mahupun Islam.

Oleh itu, teori seumpama ini wajar ditolak secara total bagi umat Islam kerana ianya menafikan hak dan kehebatan Maha Pencipta. Sebagai seorang individu Muslim yang mempunyai akidah dan kepercayaan yang sahih berkenaan dengan konsep sebenar kewujudan Tuhan, tidak mudah untuk mengambil teori-teori seumpama ini sebagai pedoman serta petunjuk di dalam kehidupan.